Wednesday, August 6, 2008

Festival Permatang Pauh: Di Lensa Antarabangsa

Umum maklum satu `festival' akan berlangsung di bumi Permatang Pauh sepanjang 16 Og0s hingga 26 Ogos 2008 nanti. Sebaik sahaja SPR mengumumkan tarikh-tarikh `keramat' iaitu 16 Ogos 2008 - Hari Penamaan Calon manakala 26 Ogos 2008 pula adalah hari `penentu' - Hari Undi, seluruh media tempatan dan antabangsa telah menyalurkan berita ke seluruh pelusuk dunia!

Warga Permatang Pauh senyum melebar menyambut festival ini tanpa menyedari mereka diperhati lensa dunia! Tinjauan awal mendapati `traders' sekelip mata mula merangka agenda bisnes masing-masing...mencari tapak untuk gerai makan dan minuman, membersihkan rumah kosong untuk sewaan, mencari pembekal infra untuk bilik gerakan dan poster serta bendera...! Rakyat Permatang Pauh akan dilimpahi rezeki katanya...!

"Kami tak kisah..Pilihan Raya Kecil 3 tahun sekali pu takpa.." kata seorang warga tempatan dengan senyum lebar. Menurut mereka, Pilihan Raya Kecil melimpahkan rezeki kepada penduduk tempatan. "Masa ni la depa mai turun padang. Nak repair jalan, baiki jambatan, bagi bantuan..kalu tak..haram nak pijak. Wakil kami pun orang PKR, mana ada duit nak buat projek. Dalam Parlimen pun takdak dok mintak projek pembangunan. Dok telagah pasai politik depa saja! Kompelin hari-hari, bantah hari-hari..tapi apa depa buat kat kami rakyat kampung ni?" keluh seorang guru pencen.

"Takpa biaq depa mai ramai-ramai..jangan dok ketegag tang sini sudahlah.." kata seorang pakcik yang dalam perjalanan pulang dari solat Zohor tadi.

Apa yang pasti rakyat di Permatang Pauh hidup aman dan sentosa! Politik dan parti hanyalah perkara sampingan bukannya rukun. Arus sokongan juga naik turun mengikut keadaan! Namun faktor `Siapa Calon' adalah persoalan besar bagi rakyat di sini! Mereka sedar dan faham antara `Kerajaan' dan `Pembangkang'. Mereka juga dalam dilema antara kebenaran dan konspirasi - DSAI. Hidup mereka tetap sama. Siapa pun wakil mereka.

"Takpa la..kita tunggu tengok sapa calon UMNO, kalu kena gaya kita pangkah..kalu tak kena gaya susah nak cakap la" kata seorang ahli UMNO di sini. Fakta yang diperolehi mendapati bahawa terdapat 92 Cawangan UMNO di Permatang Pauh dengan keahlian seramai 19,442 orang! Manakala pengundi berdaftar yang digazet SPR ialah seramai 58,443 orang termasuk 490 pengundi pos.

Melihatkan fakta ahli UMNO seramai 19,442